Aku dapat idea nak tulis tentang tajuk pemikiran ni melalui satu kisah yang berlaku kepada kawan aku Jumaat baru-baru ni. macam ni kisahnya...
Usai menunaikan solat fardhu jumaat, biasanya aku dengan coursemate memang akan rehat-rehat, baring-baring sebentar di kawasan belakang Masjid UPM. Kisah ni diperdengarkan oleh kawan aku sendiri.
Semasa selesai doa selepas fardhu jumaat, memeang sudah jadi kebiasaan untuk bersalam-salaman dengan jemaah di sebelah kanan dan kiri..x pun salam je dengan sesiapa pun...nak dijadikan cerita..kawan aku si Fazli, masih lagi duduk dalam saf, maka lalulah seoarang hamba Allah ni, Mungkin disebabkan hamba Allah ni terlalu dekat jaraknya dengan kawan aku ni, maka fazli pun hulurkan tangan..hendak berslam niatnya. Tapi, tangannya tidak bersambut, malah tangan fazli ditampar oleh hamba Allah tadi. Tahu apa yang hamba Allah tu kata pada kawan di sebelahnya "ada pulak nak suruh kita tarik dia bangun". :D
hahahahha...nampak tak corak pemikiran di sini. mungkin hamba Allah tadi tidak terlintas lansung kalau si Fazli cuma hendak bersalam dengannya...tapi sudut pemikiran hamba Allah ini terlalu kecil, takkanlah kita hendak menghulur tangan pada org yang tak dikenali..semata-mata nak suruh ditarik tangan untuk bangun..(kebiasaannya hanya dilakukan dengan kawan-kawan)...tapi cara pemikiran semua orang berbeza...mungkin fazli hanya menghulurkan sebelah tangan untuk bersalam..itu yang menyebabkan hamba Allah tadi berfikir seperti itu....tapi ianya masih tak logik :)
Pemikiran~

hahahha...lawak ah..